PENGENALAN SYARIKAT

PENGENALAN SYARIKAT

1.            PENGENALAN

  • TRUST PROTECTION SECURITY SDN BHD  telah diperbadankan di Malaysia pada16 Disember 2008 mengikut Akta Syarikat 1965 dengan Nombor Pendaftaran Syarikat 841656-H. Ia dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Bumiputera.
  • Syarikat ini ditubuhkan bertujuan untuk menjalankan perniagaan dalam bidang Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Penyiasatan Persendirian.
  •   Syarikat ini diberi kebenaran untuk beroperasi di Seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.


2.            MODAL SYARIKAT
  • ·         Syarikat ini mempunyai Modal Berbayar RM5,000,000.00 sementara Modal Dibenarkan ialah RM1,000,000.00.


3.            LESEN PENDAFTARAN
  • ·         Syarikat ini mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bagi menjalankan perniagaan diatas mengikut Seksyen 3 (2) Akta Agensi Persendirian 1971.
  • ·         Syarikat ini adalah dimiliki oleh Bumiputera 100% berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.
  • ·         Syarikat juga merupakan ahli kepada Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM).


 4.    PENGURUSAN SYARIKAT
  • ·         TRUST PROTECTION SECURITY SDN BHD  diuruskan sepenuhnya oleh kumpulan pengurusan yang terdiri dari golongan Bumiputera. Ahli-ahli Pengurusan dan Operasi dalam Syarikat ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.

5.   PERALATAN DAN KEMUDAHAN
  • ·         Bagi menyediakan perkhidmatan kepada pelangganSyarikat akan membekal peralatan yang lengkap dan baik bagi memastikan khidmat yang diberikan adalah bermutu. Di antara peralatan dan kemudahan yang disediakan kepada Pengawal Keselamatan seperti berikut:-

5.1     Pakaian seragam yang lengkap.
5.2    Motosikal untuk tujuan pengangkutan dan rondaan.
5.3    Alat perhubungan Walkie-Talkie.
5.4    Telefon bimbit.
5.5    Penginapan kakitangan disediakan kepada sesiapa yang memerlukan.

6.   JENIS-JENIS PERKHIDMATAN
  • ·         Syarikat ini menawarkan beberapa jenis perkhidmatan Kawalan Keselamatan kepada pelanggan. Antaranya seperti berikut:-


       6.1 INTERNAL SECURITY GUARDING
  • ·         Perkhidmatan menyediakan anggota pengawal bagi menjaga keselamatan dan kepentingan pelanggan seperti bangunan,premis, tapak pembinaan dan sebagainya.


6.2 BODY GUARD
  • ·         Perkhidmatan dengan membekalkan Pengawal Peribadi kepada pelanggan ataupun Individu untuk menjaga keselamatan diri/peribadi dan keluarga.


6.3 “KAWALAN STATIK”

  • ·         Keperluan pengawal membuat Kawalan Statik terutama dilaluan keluar/masuk utama dan juga di tempat-tempat yang strategik (Hot Spot).


7.         SISTEM BEROPERASI
  • ·         Semua Perkhidmatan Kawala Keselamatan terhadap pelanggan akan dibuat secara kontrak. Urusan pengambilan pengawal, latihan dan penyeliaan dikendalikan sepenuhnya oleh ibu Pejabat. Perlaksanaan ini dibuat bagi mempercepatkan tindakan yang akan diambil sekiranya berhadapan dengan masalah ditempat pelanggan. Sebarang pertanyaan boleh dihubungi terus ke Pejabat atau Pegawai yang dilantik.


8.         PERATURAN TUGAS
  • ·         Pihak Syarikat telah menyediakan peraturan tugas yang Standard sebagai peraturan tetap untuk semua Pengawal Keselamatan. Peraturan-peraturan lain adalah sebagai tambahan dan akan disediakan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian dan kehendak pelanggan.


9.         PEMILIHAN ANGGOTA PENGAWAL KESELAMATAN
  • ·         Pemilihan anggota Pengawal Keselamatan terdiri dari mereka yang mempunyai kelayakan dan kriteria berikut:-


9.1     Warganegara Malaysia
9.2     Berumur diantara 18 tahun hingga 55 tahun
9.3     Sihat tubuh badan serta penglihatan serta pendengaran yang baik
9.4     Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dan English
9.5     Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil PMR/SRP/LCE dan keutamaan diberikan kepada bekas anggota Pasukan Keselamatan(Tentera dan Polis)
9.6     Lulus Tapisan Keselamatan Polis (tiada rekod Jenayah)
9.7     Diberi latihan awal tidak kurang dari 72jam
  
10. TANGGUNGAN DAN PERLINDUNGAN INSURAN
  • ·         TRUST PROTECTION SECURITY SDN menawarkan Had Tanggungan dan Perlindungan Insuran sepertimana yang diperuntukan di dalam Perjanjian Perkhidmatan. Bagi memastikan perlaksanaan tanggungan ini, pihak Syarikat telah menyediakan beberapa jenis perlindungan Insuran dan Had tuntutan seperti berikut:-


10.1          Public Liability                                             - RM 100,000.00
10.2          Group Personal Accident                            - RM 100,000.00
10.3          Professional Indemnity                                - RM 100,000.00


11.       PENUTUP

  • ·         TRUST PROTECTION SECURITY SDN BHD berharap agar diberi peluang didalam mana-mana Sebutharga atau Tender yang dikeluarkan. Berbekalkan dayausaha yang tinggi, pihak Syarikat mampu menunaikan tanggung jawab yang diamanahkan. Pihak Syarikat  juga sentiasa menerima apa-apa cadangan dari pihak pelanggan demi memantapkan lagi mutu Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang dilaksanakan Dengan pengurusan yang PROFESSIONAL Syarikat sentiasa bersedia memberi Perkhidmatan kepada pihak pelanggan dengan penyediaan, kepakaran, kemudahan di dalam Perkhidmatan Kawalan Keselamatan.


Talian;
Pejabat : 09-7732144
En Mohamed Noor(Pengurus): 019-9596336
En Saiful Bahri(Pegawai Operasi): 013-7760063

Comments